Peluang Cerah Dalam Perniagaan
ebanyakan penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan runcit, bengkel motosikal dan pemborong getah. Segelintir anak Melayu pula lebih berminat untuk membuka kedai runcit dan gerai makanan di kawasan kampung. Terdapat sebuah bengkel besi dan kimpalan besi yang terbesar di Melaka milik usahawan Melayu. Di samping dapat meningkatkan ekonomi negeri Melaka, kilang ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat bagi menampung pendapatan.
 |
|
| Deretan kedai yang terdapat di Parit Melana |
|
|
Di samping itu, terdapat juga beberapa perusahaan membuat makanan ringan seperti kerepek berasaskan ubi dan pisang. Hasil kerepek yang dibuat akan dipasarkan di kawasan berhampiran atau di Bandar Alor Gajah. Ada di antara pengusaha mendapat bantuan dan sokongan daripada Perkumpulan Pekebun Kecil (PKK). Kegigihan yang ditonjolkan oleh pengusaha untuk mengembangkan perniagaan merupakan suatu usaha yang baik di kalangan penduduk tempatan.
|