Tanggungjawab Bersama

K

eselamatan rakyat tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia memerlukan kerjasama semua penduduk. Namun, di sini terdapat balai polis yang berhampiran iaitu Balai Polis Durian Tunggal dan Balai Polis Alor Gajah. Daerah Alor Gajah juga mempunyai sebuah Balai Bomba dan Penyelamat Soal yang terletak di Kelemak.

“ Namun, di sini terdapat balai polis yang berhampiran iaitu Balai Polis Durian Tunggal dan Balai Polis Alor Gajah. Daerah Alor Gajah juga mempunyai sebuah Balai Bomba dan Penyelamat Soal yang terletak di Kelemak. ”

 
   

Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga ditubuhkan untuk sama-sama berganding bahu melindungi kampung. Ia diwujudkan bagi membantu meningkatkan keselamatan penduduk kampung. Rondaan bergilir-gilir yang kerap dilakukan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan kampung. Jika terdapat sebarang aduan atau masalah, orang kampung hanya perlu melaporkannya kepada anggota RELA bertugas yang kemudiannya akan mengambil tindak-tindakan sewajarnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK