Kemudahan Milik Bersama
emudahan asas di Kampung Parit Melana bolehlah dibanggakan kerana adanya jalan perhubungan, pengangkutan dan komunikasi yang baik dan lengkap. Terdapat jalan berturap di kawasan kampung yang menjadi nadi perhubungan Kampung Parit Melana dengan kawasan sekitarnya. Selain itu, terdapat juga jambatan kecil menghubungkan kawasan terpencil dengan kawasan kampung.
 |
|
| Kemudahan awam untuk berhubung |
|
|
Kesemua penduduk Kampung Parit Melana mendapat kemudahan bekalan air dan elektrik. Selain itu, kemudahan awam juga terdapat di sini seperti masjid, surau dan rumah ibadat untuk penganut bukan Islam. Masjid Ar-Rahman menjadi pusat ibadah penduduk kampung dan juga Masjid Lama Parit Melana yang menjadi tinggalan sejarah di negeri Melaka. Kawasan masjid yang unik dan bersejarah juga telah menarik ramai pelawat dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini.
Terdapat juga balai raya, bilik bacaan, klinik desa, pejabat pos, pondok polis, perpustakaan desa, padang permainan dan taman perumahan serta tapak perkuburan. |