Keakraban Kawasan Kejiranan

K

ampung yang berdekatan dengan kawasan Kampung Parit Melana ialah Kampung Belimbing Dalam, Kampung Beringin dan Kampung Panchor. Penduduk kampung dan kawasan sekitarnya sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dalam setiap aspek kehidupan.

 

"Apabila terdapat sebarang majlis keraian atau perkahwinan, mereka akan saling bekerjasama dan tolong-menolong untuk meringankan beban tuan empunya majlis. Aktiviti bergotong royong kini masih menjadi amalan di dalam masyarakat kampung ini dan kampung sekitarnya"
   

Dari sudut pendidikan, terdapat beberapa anak muda kampung yang bersekolah di kawasan kampung sekitar. Mereka juga sering menyertai aktiviti kesukanan yang dianjurkan di sekitar kawasan Alor Gajah. Keakraban anak-anak muda ini dengan penduduk sekitar merupakan suatu usaha murni yang sering kali dititipkan ibu bapa masing-masing.

Manakala golongan dewasa pula lebih terdedah kepada jalinan perhubungan yang baik melalui aktiviti kemasyarakatan dan juga keagamaan. Apabila terdapat sebarang majlis keraian atau perkahwinan, mereka akan saling bekerjasama dan tolong-menolong untuk meringankan beban tuan rumah majlis. Aktiviti bergotong-royong kini masih menjadi amalan di dalam masyarakat kampung ini dan kampung sekitarnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK