Kemajuan Kampung Aspirasi JKKK
hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK dilantik untuk memastikan pembangunan kampung sentiasa terancang dan terjamin. Terdapat 17 orang jawatankuasa dilantik yang diketuai oleh Datuk Haji Abdul Kadir Daud. Selain itu, jawatankuasa ini juga berperanan untuk membantu melaksanakan projek-projek kecil yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).
Di antara projek-projek kecil yang telah dilaksanakan oleh JKKK seperti projek menurap jalan kampung, mengganti saluran paip di sekitar kawasan kampung, memasang lampu awam di tiga tanah wakaf dan membina jalan balai raya dan bilik bacaan. Selain itu, jawatankuasa kampung juga telah membuat permohonan kepada pihak berwajib untuk membesarkan Masjid Parit Melana dan membina jambatan.
|