Kepelbagaian Sumber Rezeki
ahulu, sumber pendapatan penduduk kampung adalah berasaskan sektor pertanian. Majoriti penduduk mencari rezeki dengan menoreh getah, menanam padi, bercucuk tanam dan menternak. Kini, dengan kepesatan pembangunan taraf hidup anak-anak kampung telah banyak berubah. Sebilangan besar anak muda memilih untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam, perindustrian dan berniaga sendiri. Malah terdapat beberapa anak watan kampung yang berjaya menjawat pekerjaan profesional sebagai pegawai kerajaan dan pengurus di agensi swasta.
“Sebilangan besar anak muda memilih untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam, perindustrian dan berniaga sendiri.” |
|
| |
|
Hari ini bidang pertanian masih diteruskan oleh golongan tua di kampung ini walaupun generasi muda kurang menyukainya. Pengalaman bercucuk tanam yang diwarisi oleh nenek-moyang mereka menjadikan mereka lebih selesa hidup sebagai petani. Itulah pekerjaan mereka untuk menyara keluarga. Tidak hairanlah, beberapa projek berasaskan pertanian terus dijalankan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan dan swasta. |