Memasuki pintu susur masuk ke Pusat Peranginan Bukit Auyin, mata tertumpu kepada keunikan seni bina Cina yang halus. Setiap elemen yang diterapkan mengikut prinsip cakerawala dan daratan bagi menambahkan kuasa daya penarik “feng shui”. Mengadaptasi segala dekorasi, kesenian dan seni bina masyarakat Cina purba, pusat peranginan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa anda seperti berada di negeri China. Buktinya apabila anda menyaksikan sebuah landskap indah ala-ala Tembok Besar China.


Pelancongan Pertanian dan Perladangan

Bukit Peranginan Auyin terletak enam kilometer dari Pekan Durian Tunggal. Bukit peranginan ini dibina khas untuk mempamerkan dan memperkenalkan adat resam, budaya dan warisan seni bina tradisional Cina.

Di antara tanaman yang diusahakan oleh anak muda di sini adalah tanaman buah naga di tanah seluas tiga hektar. Pemilik tanaman ini, Mohd Shamir Fauzi berusia 24 tahun telah memulakan tanaman ini lebih daripada tiga tahun.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK