Belia Pelapis Pentadbiran
elia merupakan pelapis yang bakal menggantikan jentera pentadbiran sekarang. Belia di sini sentiasa bersemangat dalam menjayakan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi pelapis yang aktif dan berketerampilan. Terdapat pelbagai pertubuhan dan aktiviti yang disertai oleh golongan belia kampung ini. Hampir setiap minggu mereka akan duduk semeja dan berkumpul bagi merancang serta melaksanakan aktiviti untuk semua.
Majoriti golongan belia di kampung ini adalah mereka yang berusia daripada 13 tahun hingga 22 tahun. Mereka masih bersekolah menengah atau sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam berhampiran. Ada juga yang memilih untuk bekerja sendiri di sektor perkilangan sekitar Alor Gajah atau menjawat jawatan dalam sektor swasta. Sumber pendapatan yang diperoleh digunakan untuk membantu meringankan beban keluarga.
Kepelbagaian aktiviti dari sudut politik, kemasyarakatan, pendidikan dan keagamaan sememangnya menjadi pilihan golongan belia di kampung ini. Sebagai melengkapi modal insan seperti yang disarankan oleh kerajaan, mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri masing-masing dengan melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus-kursus kemahiran. |