Kepentingan Ilmu
erpustakaan Desa Kampung Parit Lapis Sri Dalam merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). USP merupakan sebuah program pembangunan digital Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta yang terpilih. Di bawah program USP, setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta ICT di kalangan masyarakat hari ini.
| |
 |
| |
| Remaja ini sedang melihat pelbagai jenis buku |
|
Perpustakaan Desa Kampung Lapis Sri Dalam terletak dalam kawasan perkampungan yang diliputi kawasan kelapa sawit. Jika anda sampai ke pintu gerbang Kampung Parit Lapis Sri Dalam, kira-kira 500 meter lagi anda akan sampai ke perpustakaan desa ini. Perpustakaan Desa Kampung Lapis Sri Dalam agak istimewa kerana terletak di tengah-tengah kampung. Perpustakaan Desa ini menjadi tumpuan kanak-kanak terutama pada waktu cuti sekolah.
Perpustakaan Desa Kampung Parit Lapis Sri Dalam boleh memuatkan seramai 30 orang pada satu-satu masa. Terletak di tepi jalan di Kampung Parit Lapis Sri Dalam, ia memudahkan penduduk kampung untuk ke sana. Kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan kira-kira 3,000 buah buku terdapat di situ. Pengunjung-pengunjung akan berada di situ bermula pada jam 2.00 petang. Ia akan ditutup pada jam 6.00 petang. Perpustakaan ini beroperasi setiap hari kecuali Sabtu setiap minggu ketiga dan keempat.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan desa iaitu pertandingan pidato dan bercerita. Kegiatan lain seperti kelas tambahan turut diadakan pada masa cuti umum dan diadakan secara percuma kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
|