Ilmu Tangga Kejayaan
endidikan amat penting bagi melahirkan rakyat yang cerdik. Mendapat pendidikan yang sempurna adalah salah satu cara bagi mengubah nasib sesuatu bangsa. Terdapat sebuah sekolah rendah di Kampung Parit Sri Dalam iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Timbul. Sekolah Kebangsaan Seri Timbul telah memperoleh keputusan yang membanggakan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Malaysia (UPSR). Lima orang pelajar tahun enam telah mendapat 5A pada tahun 2007. Manakala Sekolah Kebangsaan Seri Puleh berada di Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Bagi pendidikan peringkat menengah, anak-anak di Kampung Parit Lapis Sri Dalam akan ke Sekolah Menengah Tengku Mahmod Iskandar yang terletak di kawasan kampung sekitar.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Parit Sri Dalam telah mengadakan pelbagai program bagi membentuk sahsiah jati diri pelajar-pelajar di kampung ini. Antara program yang diadakan seperti Program Jati Diri, Program Motivasi dan Program Kepimpinan Pelajar. Selain itu, kelas-kelas tambahan diadakan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5. Kelas-kelas tambahan ini diadakan agar pelajar-pelajar bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan.
|