Tembikar Seramik

S
 
 
Pelbagai jenis kerepek untuk pilihan pelancong yang datang ke sini

iapa yang tidak mengetahui Ayer Hitam? Sebut sahaja namanya, anda pasti terbayang tembikar seramik dan peniaga yang menjual pelbagai bahan makanan kerepek tradisional Melayu, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Ayer Hitam merupakan syurga membeli-belah bagi sesiapa yang menggemari tembikar seramik dan peralatan perhiasan rumah. Kebanyakan produk-produk ini diimport daripada China dan ada sebahagiannya dikeluarkan di Malaysia.

Produk tempatan yang dijual antaranya kerepek ubi, kerepek pisang, inang-inang, dodol dan sebagainya. Sebut sahaja kerepek mana pilihan hati anda, tentu anda dapat membelinya di Ayer Hitam. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah hasil-hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan.

 
Penjual sibuk melayan pelanggan yang datang terutama di musim cuti sekolah dan umum
 

Untuk ke sini, anda perlu mengikut Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui susur keluar Ayer Hitam. Ayer Hitam dilengkapi prasarana yang lengkap agar pengunjung dari luar dan dalam negara berasa selesa tatkala berada di situ. Ramai pelancong China dan Taiwan singgah di Ayer Hitam untuk membeli tembikar seramik selain produk-produk kampung.

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK