Terletak Di Tengah Kampung

K
 
 
Simpang empat Pekan Parit Raja juga boleh menghubungkan ke Parit Lapis Sri Dalam

ampung Parit Lapis Sri Dalam terletak di Mukim 10 Kampung Bahru Senggarang, dalam Daerah Batu Pahat. Kampung ini terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Parit Raja dan 18 kilometer dari Pekan Ayer Hitam. Kampung Parit Lapis Sri Dalam terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Sri Dalam, Kampung Parit Lapis Sri Dalam dan Kampung Rostam. Ketiga-tiga kampung ini diketuai oleh Shufaat Salikin selaku Ketua Kampung.

Suasananya yang tenang, dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit membuatkan kampung ini kelihatan nyaman. Penduduk di sini sangat ramah dan masih berpegang kuat kepada adat. Perpustakaan Desa Kampung Parit Lapis Sri Dalam terletak dalam kawasan perkampungan yang diliputi oleh ladang kelapa sawit. Jika anda sampai ke pintu gerbang Kampung Parit Lapis Sri Dalam, kira-kira 500 meter anda akan sampai ke perpustakaan desa ini. Perpustakaan Desa Kampung Parit Lapis Sri Dalam agak istimewa kerana ia terletak di tengah-tengah kampung. Perpustakaan Desa ini menjadi tumpuan kanak-kanak menjelang cuti sekolah.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK