Mengeksport Kerepek

T

erdapat Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dibangunkan di Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Antara IKS yang terdapat di sini ialah perusahaan kerepek seperti kerepek ubi masin, kerepek pisang salai, kerepek ubi racik dan sebagainya. Perniagaan Ngasiah telah mula beroperasi sejak 20 tahun lalu. Pada tahun 2005, Perniagaan Kerepek Md Shah dan Asiah telah ditukar nama kepada Perniagaan Ngasiah. Kini Perniagaan Ngasiah diselia di bawah Rumaizi Md Shah, anak pengusaha Perniagaan Kerepek Md Shah dan Asiah.

 
 
Pekerja kilang ini sedang menggoreng ubi kayu

Menurut Pengarah Operasi Perniagaan Ngasiah, Rumaizi Md Shah selain menghasilkan kerepek, Perniagaan Ngasiah juga menghasilkan produk-produk lain seperti dodol dan kuih wajik. Perniagaan Ngasiah mula beroperasi pada tahun 1983 secara kecil-kecilan. Berkat usaha yang gigih, kini Perniagaan Ngasiah telah berkembang maju. Kerepeknya dipasarkan di Malaysia dan Singapura. Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan. Kini Perniagaan Ngasiah mempunyai sebuah kilang memproses kerepek bagi memudahkan proses penghasilan kerepek. Kilang ini dilengkapi dengan mesin mengupas kerepek sehinggalah ke mesin menggoreng kerepek.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK