Mengutamakan Kesihatan
esihatan penduduk Kampung Parit Lapis Sri Dalam menjadi keutamaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Penduduk kampung boleh mendapat kemudahan kesihatan di Klinik Desa Kampung Parit Kadir yang terletak dua kilometer dari Kampung Parit Lapis Sri Dalam.
 |
|
| Rawatan alternatif menjadi pilihan |
|
|
Klinik Desa Kampung Parit Kadir menyediakan kemudahan seperti suntikan pencegahan penyakit kepada bayi dan rawatan penjagaan kepada ibu-ibu selepas bersalin secara percuma. Bagi pesakit luar pula, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Kes-kes yang berat akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Senggarang.
Selain itu, Klinik Desa Kampung Parit Kadir turut mengadakan aktiviti seperti kaunseling. Aktiviti kaunseling ini bersempena Kempen TAK NAK yang dianjurkan oleh Kerajaan. Mereka yang ingin berhenti merokok boleh datang untuk mendapat khidmat nasihat atau tunjuk cara.
|