Sejarah Balai Polis Senggarang
| |
 |
| |
| Balai ini dirasmikan oleh Ketua Polis Johor iaitu Dato' Haji Ahmad Ragib pada tahun 1995 |
|
ecara amnya, Balai Polis Senggarang telah ditugaskan menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk di sini. Kedudukannya kira-kira lapan kilometer dari Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Menurut sejarah, di Pekan Senggarang terdapat dua buah balai yang dibina sebelum ini. Balai polis yang pertama dibina di kawasan tepi sungai berhampiran jalan masuk ke Kampung Sri Pantai dekat Pekan Senggarang. Seterusnya, pada tahun 1952 balai polis yang menggunakan kayu telah dibina di Jalan Abu Bakar berhampiran sungai, yang merupakan tapak pasar awam Senggarang masa kini. Ia didapati tidak sesuai kerana sering dinaiki air, terutama apabila air laut pasang. Balai Polis Senggarang sedia berkhidmat demi keharmonian rakyat amnya.
|