Kelengkapan Untuk Semua
| |
 |
| |
| Tangki air disediakan oleh Syarikat Air Johor (SAJ) untuk kemudahan masyarakat setempat |
|
enduduk di Kampung Parit Lapis Sri Dalam mendapat kemudahan asas yang lengkap. Kampung Parit Lapis Sri Dalam adalah antara kampung yang terlibat dalam program Gerakan Daya Wawasan (GDW). GDW adalah satu usaha yang dilakukan dengan memberi tumpuan khusus ke arah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju, menarik dan menguntungkan sejajar dengan Falsafah Pembangunan Luar Bandar.
Kemudahan air bersih dan bekalan tenaga elektrik dapat dinikmati sepenuhnya oleh penduduk Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Malah kampung ini dan kawasan sekitar dihubungkan dengan jalan raya berturap. Sistem perparitan yang baik juga telah dibina untuk mengelakkan dari berlakunya banjir.
Terdapat juga kemudahan awam disediakan di Kampung Parit Lapis Sri Dalam bagi kegunaan penduduk setempat. Antaranya balai raya, perpustakaan, pasar, masjid, kedai runcit dan kedai makanan.
|