Menyatukan Penduduk
| |
 |
| |
| Pintu gerbang di hadapan jalan masuk ke Kampung Parit Daun |
|
ampung Parit Lapis Sri Dalam dihimpit oleh beberapa perkampungan lain iaitu Kampung Parit Raja Darat, Kampung Parit Daun dan Kampung Parit Baru. Kampung-kampung ini merupakan kampung yang terletak bersebelahan dengan Kampung Parit Lapis Sri Dalam.
| |
“Pelbagai aktiviti diadakan bagi merapatkan silaturahim antara penduduk kampung ini dan kampung sekitar” |
| |
|
Kebiasaannya penduduk kampung sekitar melakukan pelbagai aktiviti bagi menampung kos hidup harian mereka. Ada di antara penduduk yang berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka kedai-kedai runcit dan gerai makan. Malah terdapat juga sektor perkilangan di sekitar kampung. Antara kilang-kilang yang terdapat di
sini adalah kilang kimpalan, kilang membuat perabot dan
juga pusat pengumpulan buah kelapa sawit mentah.
Terdapat juga aktiviti–aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan antara kampung seperti perarakan Maulud Nabi bersempena sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, aktiviti sukan air seperti pertandingan bot dan pertandingan memancing turut diadakan. Aktiviti sukan air diadakan di tali air yang terletak dalam kawasan kampung sekitar. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga mengadakan Pertandingan Basikal Tercantik yang dianjurkan setiap tahun bersempena bulan kemerdekaan.
|