Melaksana Dasar Kerajaan
hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Parit Sri Dalam dipengerusikan oleh Shufaat Salikin. Beliau dibantu oleh Setiausaha JKKK, Norazam Mohd Adi. Sejak sekian lama JKKK berperanan untuk mencapai objektifnya bagi mengeratkan hubungan yang baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung. Sehingga kini program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Untuk tempoh akan datang, JKKK akan terus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sesuai dengan dasar-dasar semasa kerajaan.
| “Pelbagai aktiviti direncanakan bagi mengisi masa terluang penduduk kampung dengan aktiviti yang berfaedah” |
|
| |
|
Di bawah JKKK, terdapat beberapa biro untuk melicinkan lagi pentadbiran. Antaranya Biro Belia, Biro Wanita, Biro Kebajikan, Biro Keagamaan, Biro Pembangunan, Biro Ekonomi, Biro Pendidikan, Biro Keselamatan dan Biro Keceriaan.
Oleh sebab JKKK baru sahaja memegang tampuk kepimpinan, Program Gerak Mesra diadakan untuk mengeratkan hubungan di antara JKKK dan penduduk kampung. Antara aktiviti yang diadakan seperti sukaneka, pertandingan memasak, pertandingan Pakaian Beragam dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
|