Sektor Perladangan
| |
"Sektor ekonomi penduduk Kampung Parit Lapis Sri Dalam dijana melalui perladangan kelapa sawit, pertanian, keusahawanan, pelancongan, bekerja sendiri atau berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta." |
| |
|
ektor ekonomi penduduk Kampung Parit Lapis Sri Dalam dijana melalui perladangan kelapa sawit, pertanian, keusahawanan, pelancongan, bekerja sendiri atau berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta. Ada di antara penduduk yang berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka bengkel motosikal dan kedai memproses ayam.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang dalam menjana pendapatan penduduk Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Industri perusahaan dodol dan kerepek merupakan antara perusahaan yang dijalankan oleh kaum hawa di sini. Pengusaha-pengusaha IKS memperoleh bantuan daripada pihak kerajaan negeri bagi membantu meningkatkan perusahaan yang dibangunkan oleh orang kampung.
|