Majoriti penduduk di Kampung Parit Lapis Sri Dalam berbangsa Melayu. Terdapat juga penduduk yang berketurunan Jawa dan Bugis mendiami kampung ini. Kampung Parit Lapis Sri Dalam terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Sri Dalam, Kampung Parit Lapis Sri Dalam dan Kampung Rostam. |
Alangkah menariknya pemandangan di persisiran Pantai Punggur di waktu petang. Nun di hujung kaki langit, sayup-sayup kelihatan matahari terbenam. Pantai Punggur merupakan sebuah taman riadah seisi keluarga yang terletak kira-kira 12 kilometer dari kampung Parit Lapis Sri Dalam. |