Belia Aktif Memajukan Diri

B

elia adalah pemangkin negara. Belialah bakal mengganti pemimpin negara pada masa akan datang. Kebanyakan belia bekerja di sektor kerajaan dan swasta seperti di bengkel kimpalan. Selain itu, belia di sini menyertai pertandingan memancing ikan di parit yang diadakan setiap tahun bersempena bulan kemerdekaan Malaysia.

 
Pekerja bengkel kimpalan sedang menyiapkan pintu pagar
 

Persatuan Belia 4B menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan agar masa belia yang terluang dapat diisi dengan aktiviti berfaedah. Antara aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Sepak Takraw dan Pertandingan Ping pong. Ada juga antara belia yang berkumpul ramai-ramai dan bermain futsal di Parit Raja.

Terdapat juga kelas kompang yang diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara belia di kawasan setempat. Biasanya paluan kompang akan dimainkan untuk majlis kenduri-kendera atau majlis keraian.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK