Kraf tangan Surat Khabar
halijah Kassim atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jah amat meminati bidang seni. Minatnya itu disalurkan dengan penghasilan kraf tangan yang berasaskan bahan terbuang, iaitu surat khabar lama. Kraf tangan yang dihasilkan beliau ialah bunga telur, bakul atau pasu tempat meletak ‘bunga kantan’ yang turut dihasilkan menggunakan surat khabar.
“Bunga telur daripada surat khabar menerima banyak tempahan daripada pelbagai pihak” |
|
| |
|
Beliau menghasilkan kraf tangan tersebut di sebuah pondok yang terletak berhadapan dengan tempat kediaman beliau. Pondok yang dibina oleh suami beliau menjadi pusat bagi penduduk kampung yang ingin mempelajari seni menggubah surat khabar. Beliau yang telah mencecah usia 40 tahun memulakan penghasilan kraf tangan daripada surat khabar sejak tahun 2006. Pada mulanya beliau membuat kraf tangan ini secara kecil-kecilan. Kini, pelbagai pihak telah menempah kraf tangan gubahan beliau, antaranya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Ada juga pihak yang membuat tempahan seperti bunga telur untuk majlis perkahwinan melalui anggota-anggota RISDA. Bunga telurnya dikenakan bayaran RM1 sekuntum.
 |
|
| Hasil kraf tangan daripada suratkhabar terpakai |
|
|
Beliau mendapat bantuan berupa khidmat nasihat dan sokongan daripada RISDA. RISDA turut membantu mempromosi dan memasarkan produk beliau. Hasil kraf tangan beliau turut dipamerkan di pameran-pameran anjuran RISDA. Pameran sebegini sedikit sebanyak memperkenalkan hasil kraf tangan beliau kepada orang ramai di samping menambah pendapatan. RISDA kini merancang untuk membina sebuah bengkel kraf tangan yang lebih besar dan selesa. |