Klinik Desa Kampung Parit Haji Ariff

Jururawat Masyarakat Penyelia

S

ekiranya kampung-kampung lain menjadikan perpustakaan sebagai tempat untuk menyalurkan kemudahan siber, di Kampung Parit Haji Ariff pula berlainan caranya. Sebuah klinik desa berperanan dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk terutamanya mereka yang sering dahagakan maklumat dan pengetahuan.

Sudut USP bagi klinik desa ini terletak di ruang utama bahagian klinik tersebut. Dua buah komputer beserta dengan sebuah mesin pencetak disediakan di ruangan ini secara percuma. Penduduk kampung hanya perlu mendaftar di buku pendaftaran yang disediakan sebelum dibenarkan menggunakan kemudahan ini. Tiada had masa ditetapkan untuk seseorang yang ingin menggunakan kemudahan Internet, namun sekiranya ramai yang ingin menggunakannya, maka had masa selama 30 minit seorang ditetapkan.

Jururawat Masyarakat yang bertugas di klinik ini turut berperanan menyelia perkhidmatan USP yang disediakan di sini. Oleh sebab klinik ini beroperasi mengikut had masa tertentu, ini menyukarkan penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di luar waktu tersebut. Oleh itu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parit Haji Ariff kini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat internet bagi kemudahan penduduk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK