Wujud Sejak 100 Tahun

M

enurut cerita, nama Benut berasal dari sebuah pokok yang dikenali sebagai Asam Bunut. Pontian pula merupakan sebuah daerah yang terletak di barat daya Johor. Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Raya Johor Bahru. Pada awalnya Pontian hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Kini, ia telah berubah wajah menjadi sebuah bandar kecil. Kampung Parit Haji Ariff mendapat namanya dari seorang penduduk awal yang juga merupakan pengasas kampung. Menurut Ketua Kampung iaitu Bohari Sukimi, kampung ini telah wujud sejak 100 tahun dahulu dan diterokai oleh sekumpulan orang Jawa.

“Kampung Parit Haji Ariff telah wujud sejak 100 tahun yang lalu”

Pada waktu dahulu, kawasan Kampung Parit Haji Ariff dipenuhi dengan sawah padi dan pokok getah. Namun kini ladang-ladang kelapa sawit menjadi latar belakang kampung ini. Ladang-ladang ini turut menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung. Ramai penduduk terutama golongan tua menjadi buruh di ladang-ladang kelapa sawit.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK