Bergaul Sejak Kecil

A

dalah dianggarkan lebih daripada 400 orang penduduk menetap di Kampung Parit Haji Ariff Majoriti penduduk berbangsa Melayu manakala kira-kira lima keluarga berbangsa Tiong Hua menetap di kampung ini. Walaupun bilangan penduduk berbangsa Cina di kampung ini tidak ramai, namun kehadiran mereka sedikit sebanyak mewujudkan sebuah kehidupan masyarakat majmuk. Oleh itu, tidaklah hairan jika beberapa orang penduduk Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa Cina disebabkan pergaulan akrab yang terjalin sejak dari kecil.

 

“Jika ada di kalangan penduduk yang ditimpa musibah, jiran-jiran berhampiran akan bersama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing”
   

Kebanyakan penduduk kampung membina rumah secara berderetan di pinggir-pinggir jalan kecil di kawasan kampung. Terdapat juga segelintir penduduk yang masih lagi tinggal bertaburan di seluruh kawasan di sekitar kampung. Kehidupan masyarakat kampung masih lagi berteraskan masyarakat Melayu tradisional. Seperti contoh, budaya ziarah-menziarahi dan semangat kejiranan masih kuat di kalangan penduduk kampung. Sikap mengambil berat di antara satu sama lain juga turut diamalkan, Jika ada di kalangan penduduk yang jatuh sakit, jiran-jiran berhampiran akan bersama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK