“Pertanian Adalah Perniagaan”

 
Zin, pemilik pertanian cendawan tiram di Kampung Parit Haji Ariff
 
"P

ertanian adalah Perniagaan”. Begitulah seruan kerajaan yang disahut oleh seorang penduduk Kampung Parit Haji Ariff Aziz Juriki berminat dalam bidang penanaman cendawan. Beliau melihat bidang penanaman cendawan menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu.

Tanaman cendawan milik beliau diusahakan di belakang rumahnya. Sebuah tempat khas untuk pembiakan cendawan dan pengukusan dibinanya sendiri. Istimewanya, beliau mengukus polybag yang telah disuntik dengan benih cendawan menggunakan kayu api yang dicarinya sendiri.

 
 
Cendawan bercambah dari beg polimer yang disusun di atas rak.

Beliau mula melibatkan diri dalam perusahaan menanam cendawan sejak tahun 2002 lagi. Proses penanaman cendawan agak rumit dan perlu menjalani beberapa peringkat. Namun kerana minat dan dorongan ahli keluarga yang tercinta, beliau meneruskan tanaman ini tanpa mengenal penat lelah. Walaupun pernah gagal pada peringkat awal percubaan, namun kegagalan itu dijadikan dorongan untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Beliau memasarkan cendawan-cendawan yang ditanamnya di kedai-kedai berhampiran. Beliau turut menjualnya kepada penduduk kampung yang datang untuk mendapatkan cendawan segar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK