Perpustakaan Desa Sumber Rujukan
i Kampung Parit Haji Ariff tidak terdapat sekolah-sekolah yang menawarkan sistem pembelajaran kepada penduduk. Walau bagaimanapun penduduk menghantar anak-anak mereka di kampung-kampung bersebelahan seperti di Lubok Sipat, Parit Betak dan juga Benut.
| |
 |
| |
| Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia menjadi pusat ilmu penduduk setempat. |
|
Sekolah Seri Bahagia menjadi tumpuan majoriti penduduk kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Kampung Parit Haji Ariff Terletak di Lubok Sipat, sekolah rendah ini mempunyai seramai kira-kira 200 orang murid. Sekolah menengah pula terletak di Parit Betak dan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut menjadi pilihan. Sekolah ini terletak di Jalan Jaafar, Benut.
Selain itu, sebuah perpustakaan desa yang terletak di kawasan Kompleks Penghulu menjadi tumpuan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan yang diperlukan. Terletak kira-kira 15 sehingga 20 minit perjalanan dari Kampung Parit Haji Ariff, perpustakaan ini menyediakan buku dari peringkat pra persekolahan sehingga ke pengajian tinggi. Kemudahan pinjaman yang ditawarkan di perpustakaan ini membolehkan pelajar meminjam buku yang dikehendaki.
|