Nasi Ayam Persada

R

esepi nasi ayam yang diperolehi beliau dari seorang tukang masak memberi ilham kepadanya untuk membuka sebuah kedai makan. Kedai “Nasi Ayam Persada” terletak di Kampung Parit Betak kira-kira lima hingga 10 minit perjalanan dari Kampung Parit Haji Ariff Berasal dari Kuala Lumpur, Samsidar Kassim telah memulakan perniagaan nasi ayam sejak tahun 1993. Pada awalnya, kedai milik beliau hanya beratapkan zink. Kini setelah beberapa tahun berniaga, sebuah bangunan berasaskan batu yang lebih selesa didirikan untuk para pelanggan beliau.

 
Samsidar Kassim, Pemilik Restoran Nasi Ayam Persada
 

Kedai yang terletak berhadapan dengan Pintu Gerbang Parit Betak ini boleh memuatkan sehingga 50 orang pada satu-satu masa. Nasi Ayam Persada dijual pada harga RM3.50. Harga yang dikenakan kepada para pelanggan beliau tidak pernah berubah sejak awal ia diperkenalkan kepada penduduk sekitar. Kedai makan ini dibuka pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 malam, tetapi kadangkala berlarutan sehingga ke pagi bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang.

Dalam sebulan beliau memperoleh keuntungan sehingga RM2,000 hasil daripada penjualan Nasi Ayam Persada. Jumlah tersebut tidak merangkumi hasil penjualan nasi campur yang turut dihidangkan beliau. Hasil jualan makanan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung suami beliau. Beliau kini dalam perancangan untuk membesarkan lagi perniagaan Nasi Ayam Persada ke tempat-tempat berpotensi.

“Pada awalnya, kedai milik beliau hanya beratapkan zink. Kini setelah beberapa tahun berniaga, sebuah bangunan berasaskan batu yang lebih selesa didirikan untuk para pelanggan beliau.”

 
   
 
 
Penyediaan nasi ayam yang pantas dan sememangnya halal.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK