Keselesaan Dititikberatkan
linik Desa Parit Haji Ariff terletak berhampiran Lorong Kampung Parit Wahab. Klinik ini ditubuhkan sejak tahun 1974 dan telah banyak berbakti kepada penduduk Kampung Parit Haji Ariff khususnya. Selain memberi perkhidmatan kesihatan, klinik desa ini turut berfungsi dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Terdapat dua buah komputer disediakan di klinik ini berserta dengan kemudahan Internet.
 |
|
| Rosnani Abdul Manaf tetap sabar dan ramah melayan kerenah pesakit. |
|
|
Dua orang Jururawat Masyarakat ditugaskan dalam menjaga hal kesihatan penduduk kampung. Rosnani Abdul Manaf, 34 tahun mula berkhidmat di klinik desa ini sejak sembilan tahun yang lalu. Menurut beliau, seorang doktor dari Klinik Kesihatan Parit Ismail yang terletak kira-kira 10 kilometer akan datang setiap tiga bulan sekali ke klinik ini untuk memberi rawatan kepada penduduk yang memerlukan.
Antara peralatan yang disediakan di klinik ini ialah mesin timbang, alat pengukur ketinggian dan pelbagai peralatan asas yang perlu untuk merawat pesakit. Selain itu, antara rawatan yang ditawarkan ialah rawatan untuk ibu mengandung dan selepas bersalin, rawatan untuk kanak-kanak dan pesakit luar. Manakala sebarang masalah kesihatan yang serius akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Parit Ismail untuk rawatan susulan.
| |
 |
| |
| Beliau mula bertugas di Klinik Desa Kampung Parit Haji Ariff sejak sembilan tahun lalu. |
|
Sebuah kuarters turut dibina bagi kemudahan jururawat atau petugas klinik menginap di situ. Jarak di antara klinik dan kuarters perumahan ini tidak begitu jauh dan ini membolehkan perkhidmatan kesihatan diberikan pada bila-bila masa. Kebanyakan penduduk mempunyai nombor telefon Jururawat Masyarakat dan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, mereka akan segera menghubungi jururawat untuk tindakan seterusnya.
Keselesaan pengunjung klinik turut diutamakan. Oleh itu, terdapat sebuah radio dan televisyen disediakan di ruangan menunggu . Masa yang berlalu tidak akan disedari kerana leka menonton rancangan televisyen yang digemari. Klinik ini dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
|