Keselamatan Menjamin Keharmonian

K

eselamatan menjamin keharmonian dan kesejahteraan penduduk. Soal keselamatan perlu dititikberatkan dan tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak. Oleh sebab itu beberapa badan yang bertanggungjawab dalam aspek-aspek keselamatan ditubuhkan. Di Kampung Parit Haji Ariff, balai polis yang terdekat terletak di Benut, iaitu Balai Polis Benut. Kedudukannya yang terletak di simpang empat jalan utama ke kampung-kampung berhampiran memudahkan penduduk untuk berurusan. Penduduk kampung hanya memerlukan kira-kira 20 minit perjalanan menggunakan kereta.

 
Pondok Polis Parit Betak merupakan balai terdekat dengan Kampung Haji Ariff
 

Berhampiran dengan Kampung Parit Haji Ariff terdapat sebuah pondok polis yang menjadi tumpuan penduduk untuk melaporkan sebarang kes jenayah. Terletak di Parit Betak, pondok polis ini boleh ditemui kira-kira 10 minit pemanduan. Seramai dua orang anggota polis ditugaskan di pondok ini. Anggota-anggota polis di sini sedia berkhidmat 24 jam. Tambahan lagi kuarters, tempat kediaman mereka turut didirikan di kawasan pondok polis ini.

Rondaaan di kampung-kampung bersama anggota RELA kadangkala dilakukan apabila perlu. Ini adalah untuk menjamin keselamatan penduduk yang berbilang bangsa di sini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK