Arus Pemodenan Menjengah
iarpun terletak di kawasan pedalaman, namun penduduk Kampung Parit Haji Ariff tidak terlepas daripada menikmati arus pemodenan yang melanda tanah air. Pelbagai kemudahan prasarana dan infrastuktur disediakan untuk kemudahan dan keselesaan penduduk menjalankan aktiviti masing-masing. Antara yang dibina untuk kegunaan penduduk ialah Masjid Jamek Parit Haji Ariff dan Surau Annur yang terletak di Kampung Parit Wahab.
| |
 |
| |
| Surau Kampung Parit Haji Ariff sentiasa dikunjungi penduduk setempat setiap kali masuk waktu solat. |
|
Beberapa buah pondok telefon juga disediakan oleh kerajaan tempatan bagi kemudahan komunikasi. Pondok-pondok telefon ini dijaga dan digunakan dengan penuh tanggungjawab oleh penduduk kampung.
Terdapat sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran dengan Kampung Parit Haji Ariff Stesen minyak ini terletak di Permatang Duku iaitu kira-kira 10 minit pemanduan dari Kampung Parit Haji Ariff Penduduk kampung tidak perlu ke bandar berhampiran untuk mendapatkan minyak petrol bagi kegunaan harian.
Di Parit Betak pula terdapat beberapa buah kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian dan juga makanan kepada penduduk sekitar. Sekiranya barangan yang diperlukan tidak terdapat di sini, penduduk kampung akan ke pekan berhampiran seperti di Benut dan juga Pontian. |