Dekat dan Akrab
 |
|
| Pintu Gerbang di jalan masuk Kampung Parit Betak yang terletak berhampiran Kampung Haji Ariff |
|
|
idup bermasyarakat sememangnya dituntut dalam apa jua agama sekalipun. Sudah menjadi lumrah, manusia tidak boleh hidup berseorangan malah perlu bergantung di antara satu sama lain. Kampung-kampung sekitar mewujudkan perhubungan kemasyarakatan secara tidak langsung dan kebanyakan mereka hidup berdekatan dan akrab tanpa sebarang permusuhan.
Antara kampung-kampung yang berdekatan dengan Kampung Parit Haji Ariff ialah Kampung Parit Betak, Kampung Permatang Palas, Kampung Lubok Sipat dan Kampung Parit Wahab. Kampung-kampung ini secara tidak langsung berkait antara satu sama lain. Misalnya, penduduk Kampung Parit Haji Ariff tertumpu ke Kampung Parit Wahab untuk mendapatkan barangan keperluan harian kerana di situ wujudnya kedai-kedai runcit dan sebagainya.
Selain itu sistem pendidikan turut mewujudkan kesinambungan di antara kampung-kampung ini. Anak-anak penduduk Kampung Parit Haji Ariff mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah di kampung bersebelahan seperti di Kampung Lubok Sipat dan Kampung Parit Betak. |