Mentadbir Dua Kampung Serentak

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Ariff diketuai oleh Bohari Sukimi. Beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Kampung sejak tahun 2006. Beliau bertanggungjawab menjaga dua buah kampung iaitu, Kampung Parit Haji Ariff dan juga Kampung Parit Wahab. Bagaimanapun, kedua-dua buah kampung ini diletakkan di dalam satu kawasan pentadbiran yang lebih dikenali sebagai Kawasan 14.

Pelbagai cabaran ditempuhi semenjak memegang jawatan sebagai Ketua Kampung. Antaranya menyatupadukan penduduk kampung yang berbilang kaum. Justeru, pengalaman beliau sebagai bekas Pegawai Polis Bahagian Unit Cawangan Khas, Bukit Aman digunakan sebaik mungkin untuk mentadbir dua buah kampung sekaligus.

 
Bukhari, Pengerusi JKKK Kampung Haji Ariff
 

Pelbagai rancangan dirangka oleh JKKK Kampung Parit Haji Ariff bagi memenuhi keperluan dan keselesaan penduduk kampung. JKKK juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan kawasan riadah di dalam kampung dengan memohon peruntukan daripada kerajaan negeri.

Selain itu, JKKK turut berusaha membantu penduduk kampung yang berminat menceburi bidang pertanian. Antaranya menjemput wakil dari Jabatan Pertanian untuk memberi taklimat atau khidmat nasihat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK