Kepelbagaian Sumber Rezeki
| |
 |
| |
| Perladangan kelapa sawit menjadi sumber ekonomi utama penduduk kampung. |
|
enduduk Kampung Parit Haji Ariff lebih terlibat dalam aktiviti perladangan kelapa sawit. Ini boleh dilihat dengan kewujudan banyak ladang kelapa sawit di sekitar kawasan kampung diiringi deruman lori-lori pengangkut buah kelapa sawit yang sentiasa keluar masuk.
Ada juga yang menjual secara kecilan di pinggir-pinggir jalan berhampiran seperti menjual nanas, air tebu, pelbagai jenis kuih-muih dan lain-lain lagi. Pendapatan yang diperoleh hasil daripada perniagaan sampingan ini walau pun tidak banyak, namun membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Sebuah stesen minyak yang dimiliki oleh salah seorang penduduk kampung turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini. Stesen minyak ini diusahakan oleh empat anak watan Kampung Parit Haji Ariff Perniagaan-perniagaan sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk menceburi bidang perniagaan malah sekali gus mengubah taraf hidup mereka. |