Klinik Desa Kampung Parit Haji Ariff terletak bersebelahan dengan lorong ke Kampung Parit Wahab. Selain memberikan perkhidmatan kesihatan, ia turut berfungsi sebagai Pusat Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), iaitu sebuah projek Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi. |
Adalah dianggarkan lebih daripada 400 orang penduduk menetap di Kampung Parit Haji Ariff Majoriti penduduk berbangsa Melayu manakala kira-kira lima keluarga berbangsa Tiong Hua menetap di kampung ini.
|