Belia Berwawasan
eskipun tiada persatuan khusus yang ditubuhkan untuk para belia di sini, ia tidak bermakna para belia di Kampung Parit Haji Ariff mensia-siakan masa muda mereka. Kebanyakan belia di sini gemar melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan. Ada yang terlibat secara aktif dalam pasukan bola sepak sehingga mewakili sekolah dan sebagainya. Terdapat juga segelintir belia yang terlibat dengan permainan sepak takraw dan juga badminton. Aktiviti sebegini selain menyihatkan tubuh badan, turut menjana minda belia ke arah belia yang berwawasan.
“ Atas daya juang dan kesedaran yang tinggi, para belia Kampung Parit Haji Ariff kini semakin aktif dalam berusaha meningkatkan dan memajukan lagi diri masing-masing” |
|
| |
|
Selain aktif sukan, belia kampung di sini turut terlibat dalam aktiviti kebudayaan seperti kompang dan silat. Permainan kompang kebiasaannya diadakan pada majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi. Secara tidak langsung aktiviti kebudayaan ini dapat memupuk semangat cintakan warisan dan adat tradisional masyarakat Melayu terutama di kalangan generasi muda.
Ada juga segelintir para belia yang menceburkan diri dalam sektor keusahawanan seperti perusahaan bengkel kereta, kedai runcit dan sebagainya. Atas daya juang dan kesedaran yang tinggi, para belia Kampung Parit Haji Ariff kini semakin aktif dalam berusaha meningkatkan dan memajukan lagi diri masing-masing.
|