Kaum wanita mengisi masa lapang dengan mengikuti kelas mengaji al-Quran

Keaktifan Kaum Hawa

K

aum hawa di kampung ini amat aktif dalam menjalankan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, sosial dan keagamaan. Terdapat beberapa kelas yang disertai oleh mereka seperti kelas mengaji, kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dan kelas Program Keluarga Sakinah. Pertubuhan wanita di sini saling bekerjasama dalam merencanakan aktiviti untuk semua kaum wanita di kampung ini dan kawasan sekitarnya.

 
Kaum wanita membaca al-Quran dan membetulkan hukum tajwid sesama sendiri
 

Selain itu, terdapat juga Kumpulan Yasin Wanita Kampung Parit Badak yang sering memenuhi undangan kenduri dan majlis bacaan Yasin dari rumah ke rumah pada setiap hari Ahad. Mereka yang rapat di antara satu sama lain akan bekerjasama untuk menjayakan apa jua majlis yang dianjurkan. Sikap ringan tulang yang ditonjolkan oleh golongan wanita di kampung ini amat disenangi oleh semua penduduk.

Kaum hawa di sini perlu mengikuti jadual yang tersedia bagi setiap kelas yang dianjurkan. Aktiviti harian mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bagi merapatkan ikatan ukhuwah sesama mereka. Bagi setiap kelas yang dianjurkan, ada guru bertauliah yang mengajar mereka. Sikap yang ditonjolkan oleh kaum hawa di sini sememangnya menjadi inspirasi dan contoh terbaik kepada kaum hawa di kawasan luar kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK