Anjung Ilmu Desa Sri Badak sedia menanti kunjungan penduduk.

Pusat Komuniti Warga Kampung

W

arga kampung tidak perlu gusar jika ingin mendapatkan maklumat dan informasi tambahan kerana Perpustakaan Desa Parit Badak menyediakan segala kemudahan yang diingini. Perpustakaan ini ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai pusat ilmu kepada penduduk kampung. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Zahri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut. Perpustakaan ini diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ).

 
 
Komputer turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Terdapat lebih kurang 2,00 buah buku daripada genre fiksyen dan bukan fiksyen, novel, bahan rujukan dan ilmiah serta bahan bacaan ringan di sini. Di bawah projek USP 5, perpustakaan ini dibekalkan dua buah komputer, mesin pencetak dan mesin pengimbas serta kemudahan talian internet untuk pengguna melayari internet. Sumber internet didapati melalui Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Pelbagai aktiviti dijalankan di perpustakaan ini untuk mengisi masa lapang penduduk kampung. Aktiviti seperti kelas Komputer dan kelas Bahasa Inggeris yang dianjurkan mendapat sambutan yang paling menggalakkan di sini. Anak-anak muda ini sememangnya berminat untuk mendalami ilmu komputer demi kemudahan pada masa hadapan. Bagi golongan dewasa, aktiviti mengaji dan kelas masakan juga turut diadakan di sini. Sememangnya kepelbagaian aktiviti dan program yang dianjurkan memberi manfaat kepada semua.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK