Antara peneroka awal di Parit Badak

Sumbu Badak Penyembuh Penyakit

N
  "Sumbu badak yang sebesar betis ini dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit."
   

ama Parit Badak yang unik ini tercetus apabila sekumpulan peneroka dari Tanah Jawa yang diketuai oleh Haji Simin Singodikromo telah menjumpai sumbu badak ketika sedang menggali parit. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada tahun 1940-an. Sumbu badak yang sebesar betis ini dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Ketika itu, Haji Simin telah membuat keputusan membahagi-bahagikan kepada kesemua peneroka sumbu badak tersebut untuk kegunaan masing-masing. Ternyata, sumbu badak tersebut berjaya memberi kesan positif dan dimanfaatkan oleh semua.

 
 
Rumah kayu lama ini masih kukuh tidak lapuk ditelan zaman.

Oleh kerana sumbu badak yang ditemui itu memberi kebaikan kepada sekumpulan peneroka tersebut, maka mereka telah sepakat untuk memberi nama kampung ini Parit Badak. Kesuburan tanah dan struktur geografi kampung yang sesuai menjadikan apa jua jenis tanaman yang ditanam membuahkan hasil ketika itu. Walaupun dihimpit oleh kekejaman komunis, namun penduduk masih dapat hidup dengan aman dan menikmati hasil tanaman yang diusahakan.

Perubahan yang amat ketara dirasakan oleh warga tua di kampung ini. Dari kawasan hutan belantara yang hanya didiami oleh beberapa orang peneroka, kini penduduk kampung semakin bertambah dan menikmati kemudahan disediakan. Walaupun kedudukan kampung ini agak jauh di pedalaman, mereka tetap menikmati kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Penduduk kampung sentiasa berusaha bagi meningkatkan taraf hidup dan memajukan kampung seiring dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang perhubungan di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK