Generasi muda di Parit Badak selalu melakukan aktiviti bersama-sama.

Majoriti Masyarakat Jawa

D

i kampung ini terdapat lebih kurang 1,500 orang penduduk berbangsa Melayu. Bilangan keluarga yang ada di sini adalah sebanyak 200 buah keluarga dan selebihnya terdiri daripada golongan bujang dan ibu tunggal. Boleh dikatakan semua penduduk di kampung ini berketurunan Jawa dan boleh berbicara dalam bahasa tersebut dengan fasih termasuk kanak-kanak. Mereka telah didedahkan dengan adat dan budaya masyarakat Jawa sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat meneruskan warisan dan tradisi nenek moyang.

Penempatan di kampung ini adalah secara berderet sepanjang kampung. Namun begitu, ada juga di antara penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman secara bertaburan berdekatan ladang kelapa sawit mereka. Kebanyakan rumah di sini terdiri daripada rumah kampung yang berdindingkan kayu dan separa batu. Ada juga di antara pemilik rumah yang membina banglo bagi menggantikan rumah lama yang telah usang. Tidak kira apa jua bentuk rumah yang ada, ciri-ciri kampung masih lagi dikekalkan di kampung ini.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK