Buah kelapa sawit

Tanaman Untuk Jangka Masa Panjang

S
 
 
Pekebun berkumpul di pejabat Pertubuhan Peladang Negeri bagi mendapatkan nasihat dan bantuan

umber ekonomi utama penduduk di kampung ini ialah melalui hasil tanaman kelapa sawit. Hampir keseluruhan kampung ini diliputi dengan tanaman sawit bahkan ada rumah didirikan berdekatan dengan ladang kelapa sawit. Kebanyakan peladang ini meneruskan pekerjaan yang diusahakan oleh generasi terdahulu. Pendedahan yang diterima membuatkan mereka lebih selesa untuk mengusahakan tanaman sawit.

Terdapat organisasi seperti Pertubuhan Peladang yang memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada peladang-peladang di kampung ini. Selain itu, organisasi ini juga memberi pendedahan kepada mereka tata cara untuk mengusahakan tanaman dan mendapatkan hasil sawit dengan cara yang betul dan berkesan. Harga sawit yang semakin melonjak di pasaran juga membuatkan ramai penduduk lebih cenderung untuk menanam kelapa sawit.

Namun begitu, ada juga di antara penduduk yang memilih untuk mengusahakan tanaman getah sebagai sumber pencarian. Ada juga yang menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan. Kebanyakan petani ini menjalankan aktiviti pertanian tersebut sebagai sumber pendapatan tambahan dan mengisi masa lapang. Walau bagaimanapun, mereka tetap memberi komitmen terhadap apa jua tanaman yang diusahakan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK