Wadah Pembangunan Insan
endidikan harus diterapkan sejak dari kecil lagi. Inilah yang menjadi keutamaan penduduk di kampung ini. Hampir kesemua anak kampung mendapat kemudahan pendidikan yang disediakan di kampung dan kawasan sekitarnya. Semua anak watan kampung ini mendapat pendidikan di tahap sekolah tadika, rendah dan menengah. Ada di antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Iltizam dan semangat yang ditonjolkan oleh generasi muda ini patut diteladani oleh semua penduduk demi mengubah kehidupan keluarga mereka.
Di antara pusat ilmu yang menjadi pilihan anak muda di kampung ini ialah Taska Insyirah, Taski Abim Sri Dayong, Tadika KEMAS, Sekolah Kebangsaan Sri Dayong, Sekolah Agama Sri Dayong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Medan. Jarak kedudukan sekolah dengan kawasan kampung adalah dekat. Jadi, ada di antara pelajar yang memilih untuk berbasikal dan berjalan kaki ke sekolah. Anak muda di sini bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, mereka juga aktif mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada waktu petang dan hujung minggu.
Ibu bapa mereka juga turut mementingkan ilmu agama di kalangan anak mereka. Pendidikan agama secara tidak formal diajarkan oleh guru yang bertauliah di masjid atau di rumah. Selain itu, terdapat juga kelas Taranum yang dianjurkan di kampung sebelah khas untuk golongan dewasa. Tidak kira apa jua bentuk ilmu yang diterapkan kepada anak-anak, pendidikan merupakan aspek penting bagi mencorak arah tuju sesebuah masyarakat itu. |