Keseronokan Bermain Air
et World Batu Pahat Village Resort merupakan pusat pelancongan berhampiran Kampung Parit Badak. Ia terletak kira-kira 20 kilometer dari kawasan kampung. Keunikan taman tema air ini menjadikan ia sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Johor. Keindahan taman permainan air ini terserlah sejurus anda melangkahkan kaki ke sini. Selain itu, lokasi ini juga berada dalam kawasan Tasik Merdeka yang sememangnya sinonim dengan kedamaian dan keindahan tasik bekas lombong ini.
 |
|
| Kanak-kanak gembira bermain sambil bermandi manda di Wet World ini |
|
|
Terdapat pelbagai jenis permainan air dan gelongsor air untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Selain itu, terdapat juga kolam berombak yang pastinya membuatkan anda berasa puas bermain air dan merasakan gegaran ombak buatan di sini. Sungai Batu Pahat yang mengelilingi kawasan taman air ini juga membolehkan anda menyusuri dan menikmati kedamaian di atas sampan kayuh sahaja. Ibu bapa tidak perlu gusar untuk memerhatikan kelakuan anak-anak mereka kerana kebanyakan permainan yang disediakan mesra pengguna dan terdapat banyak pengawal keselamatan yang memantau aktiviti kanak-kanak di taman tema air ini.
Masa yang berlalu pasti akan terasa amat pantas apabila anda sudah merasai keseronokan bermain air di sini. Selain daripada aktiviti air, terdapat juga perkhidmatan bot mengelilingi kawasan tasik bagi golongan dewasa. Anda juga boleh memberi makan kepada ikan yang terdapat di dalam tasik kerana ada disediakan tempat untuk memberi makan ikan. Tempat ini menerima tempahan untuk sambutan Hari Keluarga bagi syarikat atau organisasi kerajaan. Taman tema ini juga bersedia dijadikan pusat pelancaran produk baru dan sebagainya. Terdapat juga gerai-gerai menjual makanan dan kedai cenderahati untuk pelancong. Kemudahan tandas awam dan surau juga disediakan untuk pengguna. |