Pekan Sri Medan menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barangan kegunaan harian

Pekan Tumpuan Penduduk Setempat

J

ika anda melalui kawasan Pekan Seri Medan, ini bermakna anda sudah berada dekat dengan kawasan Perpustakaan Desa Parit Badak. Walaupun ia terletak agak jauh di pedalaman, namun ia bukanlah satu alasan untuk anda tidak datang ke sini. Lambaian dedaun kelapa sawit di sepanjang jalan, pasti akan membuatkan anda terleka sebentar menikmati kehijauan tanaman tersebut. Anda hanya perlu menyusuri jalan kampung hingga kelihatan Klinik Desa Seri Duyong yang menjadi mercu tanda untuk ke Kampung Parit Badak.

"Jika anda melalui kawasan Pekan Seri Medan, ini bermakna anda sudah hampir dengan kawasan Perpustakaan Desa Parit Badak."  
   
 
 
Deretan bangunan baru Pekan Sri Medan

Kampung ini terletak kira-kira 30 kilometer dari kawasan bandar Batu Pahat dan hanya mengambil 10 minit pemanduan dari Pekan Yong Peng. Jika anda melalui kawasan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) anda boleh keluar dari susur keluar Yong Peng untuk sampai ke kampung ini. Terdapat juga perkhidmatan bas sehingga ke Pekan Seri Medan sebelum anda sampai ke kampung ini. Kemudahan perhubungan dan jalan raya yang selesa pastinya akan mempercepatkan perjalanan anda ke kampung ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK