Keunikan Jualan Bundle
erhampiran dengan kawasan kampung, terdapat satu perusahaan menjual pakaian terpakai yang dijalankan oleh golongan belia. Jualan pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle ini cukup popular di kalangan anak muda kampung dan kawasan berhampiran. Pakaian dan kasut yang dijual terdiri daripada barang-barang dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Kebanyakan produk yang dijual adalah barangan ‘original’ terpakai yang masih berada dalam keadaan baik serta dijual dengan harga berpatutan.
 |
|
| Kasut terpakai yang dijual dipamerkan di dinding kedai. |
|
|
Perniagaan pakaian bundle ini juga turut membantu pendapatan anak muda di kampung ini. Perniagaan seperti ini sememangnya menjadi landasan kepada anak muda kampung untuk aktif berkecimpung dalam bidang perniagaan. Walaupun hanya menggunakan modal secara kecil-kecilan, namun pengusaha perniagaan bundle ini berharap akan dapat mempromosikan produk jualannya dan mengembangkan empayar perniagaannya. Jenama popular seperti Nike, Canterbury, Levis dan Hang Ten boleh didapati di sini. Jika anda bernasib baik, anda boleh membeli barangan yang masih elok dan tiada dalam pasaran Malaysia di kedai ini.
|