Klink Desa Tawarkan Pelbagai Jenis Rawatan
| |
 |
| |
| Jururawat ini sedia membantu pesakit |
|
enduduk di kampung ini tidak perlu gusar dengan rawatan kesihatan mereka kerana terdapat sebuah klinik desa yang berdekatan dengan pintu masuk kampung ini. Klinik Desa Seri Duyong menawarkan khidmat rawatan ibu mengandung, kanak-kanak dan rawatan luar. Seorang Jururawat Masyarakat ditempatkan di sini untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk-penduduk kampung.
Klinik ini menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan cekap dan bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi. Klinik ini telah menyumbangkan khidmat kepada penduduk setempat lebih daripada 20 tahun. Selain itu, terdapat juga rawatan dan pendedahan penyakit untuk kaum wanita seperti kanser payudara dan rawatan pap smear yang dijalankan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Seri Medan dan klinik-klinik desa berhampiran. Ternyata tip-tip yang diberi dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan mencegah sebelum penyakit tersebut menyerang mereka.
| |
 |
| |
| Klinik Kesihatan yang berhampiran dengan Parit Badak |
|
Siapa sangka seorang nenek berusia 70 tahun masih menjadi pilihan orang kampung dan masyarakat luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan urutan secara tradisional. Selain itu, Hajah Tarminah juga turut berperanan sebagai bidan kampung. Beliau telah menjalani kursus perbidanan di Kementerian Kesihatan dan mendapat pengiktirafan untuk menjadi bidan kampung. Beliau turut memberikan rawatan urutan jika anda mengalami sebarang ketegangan urat atau patah tulang. |