Tangani Jenayah Bersama
spek keselamatan penduduk kampung merupakan suatu agenda penting yang mesti dititik-beratkan oleh penduduk di kampung ini. Jika terdapat sebarang masalah atau kes jenayah penduduk boleh merujuk ke balai polis yang terletak di Pekan Sri Medan. Kedudukan balai polis di tengah-tengah kawasan pekan ini memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan bantuan keselamatan. Warga kerja polis yang sungguh cekap dan pantas ini sering kali dapat merungkai kes-kes jenayah di kawasan kampung dan sekitarnya.
Selain itu, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Mukim Sri Medan yang diwujudkan bagi membantu memantau keselamatan kampung. Rondaan secara bergilir mengikut jadual yang telah ditetapkan sedikit sebanyak membantu menjaga keselamatan kampung. RELA di kawasan ini juga pernah membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan ini.
|