Kemudahan Digunakan Sebaiknya
oleh dikatakan kemudahan asas di sini mencapai tahap yang memuaskan. Setiap penduduk dapat menikmati kemudahan air bersih, bekalan elektrik serta talian telefon. Selain itu, perhubungan jalan raya yang baik memudahkan laluan kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal. Segala kemudahan ini dinikmati oleh semua penduduk walaupun ada yang tinggal di kawasan pedalaman.
 |
|
| Pejabat Pos Sri Medan memberi kemudahan kepada penduduk setempat |
|
|
Antara kemudahan asas lain yang terdapat di sini adalah perpustakaan desa, klinik desa, balai polis, balai raya, dewan orang ramai, masjid dan surau untuk beribadat serta telefon awam. Terdapat juga pasar pagi yang menjual pelbagai barangan keperluan harian dan pejabat pos mini untuk urusan pembayaran bil dan surat-menyurat. Setiap kemudahan awam yang disediakan adalah bagi keselesaan orang ramai. |