Suasana kawasan kampung yang mendamaikan

Hubungan Erat Masyarakat Sekitar

K

ampung ini terletak berhampiran dengan Kampung Seri Duyong, Kampung Seri Menanti, Kampung Parit Noor, Kampung Parit Bangas dan Kampung Parit Ulong. Kesemua kampung ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri dan gaya hidup desa. Pekan yang terdekat adalah Pekan Seri Medan yang merupakan tempat perkumpulan orang kampung untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Selain itu, ada di antara penduduk Kampung Parit Badak yang mendapatkan perkhidmatan seperti tukang jahit, guru mengaji, stesen minyak dan bekalan barangan runcit di kampung berdekatan.

 
Kebanyakkan kediaman penduduk mengekalkan reka bentuk tradisional.
 

Terdapat juga beberapa peniaga yang menjalankan perniagaan menjual bahan makanan mentah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran di kampung berhampiran. Penduduk tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke pekan kerana segala kemudahan tersebut boleh didapati di kawasan sekitarnya. Perniagaan runcit dan restoran makanan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk di sini.

Masyarakat di sini juga menjalinkan ikatan ukhuwah ketika meraikan sambutan hari kemerdekaan dan juga aktiviti sukan rakyat. Setiap tahun, aktiviti di bulan kemerdekaan kerap dijalankan apabila menjelang bulan kemerdekaan bagi merapatkan hubungan di antara penduduk. Di antara aktiviti wajib yang mendapat sambutan ialah pertandingan bola sepak berkain, tarik tali, lumba panjat tiang dan treasure hunt . Kebiasaannya aktiviti sebegini akan disertai oleh golongan belia dan dewasa manakala kaum wanita pula akan sibuk menyediakan juadah selepas pertandingan termasuk hadiah untuk disampaikan kepada pemenang-pemenang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK