Perpustakaan Desa turut dikenali sebagai Anjung Ilmu Desa Sri Badak

Kewibawaan Jawatankuasa Kampung

D

i kampung ini juga terdapat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berfungsi menjaga kebajikan penduduk serta memastikan kampung sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Selain itu, JKKK juga berperanan dalam merancang dan menganjurkan setiap program dan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, keagamaan dan kesukanan. Pihak JKKK sentiasa merencanakan program yang terbaik untuk kebaikan semua penduduk.

"JKKK juga berperanan dalam merancang dan menganjurkan setiap program dan aktiviti berbentuk kemasyarakatan, keagamaan dan kesukanan."  
   

Kewibawaan jawatankuasa telah diuji ketika banjir teruk yang melanda negara sekitar tahun 2006. Kawasan kampung ini juga tidak terkecuali daripada menerima musibah tersebut. Kesungguhan pihak jawatankuasa kampung dalam memastikan keselamatan dan kestabilan penduduk terpelihara amatlah dihargai oleh semua. Selain itu, terdapat juga kerjasama dari pelbagai badan kerajaan, badan swasta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan dalam usaha membantu mangsa banjir ketika itu. Bantuan seperti beras, peralatan dan perkakas rumah sememangnya membantu meringankan beban mereka.



 
Penafian | Laman Web KTAK